dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Jawi, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Klik Dengan Bijak Bersama Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi

28 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Mei 2015 bertempat di dewan Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi, Perlis telah berlangsung Program ‘Klik Dengan Bijak’. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan, Pusat Internet 1 Malaysia Tambung Tulang, Pusat Internet 1 Malaysia Batas Lintang, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Surau dan Pusat Internet 1 Malaysia RPA Arau. Seramai 189 orang murid terlibat iaitu 84 orang murid lelaki dan 105 orang murid perempuan. murid-murid yang terlibat terdiri daripada Darjah 4, 5 dan 6. Program ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga kerana dengan adanya pengetahuan ‘Klik dengan Bijak’ ini, mereka dapat melayari internet dengan lebih selamat dan peka dengan kegunaan media sosial yang ada. Selain itu, murid-murid dapat menambah pengetahuan mereka mengenai cara-cara melayari media sosial yang sediaada dengan selamat dan tidak terdedah kepada ancaman buli siber. Program ini berlangsung selama satu jam iaitu bermula dari pukul1.00 petang sehingga 2.00 petang. Pertunjukan silap mata juga diadakan oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Surau. Selainitu, sesi soal jawab bersama murid dan pihak Pusat Internet 1 Malaysia juga dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.